Egypt

Projek kedua kami, 1Moment4Them 2.0 juga merupakan sebuah konsert dan telah
diadakan di Al Azhar Convention Centre, Mesir.
Kali ini kami berkolaborasi bersama Ikram Mesir dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM
110,000. Dana tersebut digunakan untuk menanggung projek pendidikan yang dilakukan dan
diteruskan oleh Teach For The Needs (TFTN) Syria, Tangsisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) dan
Malaysian Arabian Cultural Society (MACS).
“Dulu anak-anak aku ada cita-cita, Abdul Rahman ingin menjadi seorang juruterbang ,Abdullah mahu
menjadi seorang cikgu tetapi kini, semuanya telah musnah. Tetapi aku tetap ingin mengucap syukur
pada Tuhan.” (Abu Abdullah,Huwaija Camp)
Sehingga kini, kesemua projek 1Moment4Them untuk para pelarian Syria di Jordan terus
dibantu dan diteruskan oleh Tangisan Syria di Bumi Jordan, Malaysian Arabian Cultural Society,
Teach For The Needs Syria dan Ikram4Syria Jordan dari segi bantuan keperluan asas hidup dan
pendidikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *