Jordan

Pelarian Syria yang berada di Jordan telah menarik perhatian serta simpati kami untuk
membantu mereka secara menyeluruh. Melihat kepada besarnya jumlah anak anak pelarian Syria
yang entah gelap entah cerah masa depannya, kami merasa perlu untuk mereka meneruskan
pembelajaran mereka di sekolah untuk mendapat bekalan ilmu pengetahuan yang mencukupi.

Fatiha Shuib merupakan seorang pelajar di University Mutah, Jordan yang juga
merupakan pengasas 1Moment4Them. Projek pertama kami iaitu 1Moment4Them 1.0 , sebuah
konsert telah dilangsungkan di Khindi Hall, Yarmouk University.
Kami telah berkolaborasi dengan Ikram4Syria Jo, Malaysian Arabian Cultural Society (MACS),
Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ), dan Teach for The Need Syria. Usaha bersama kami telah
berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 70,000, dan digunakan untuk membiayai barang-barang
keperluan serta pendidikan para pelarian Syria di Jordan. Kami juga telah melawat kem-kem pelarian
dan sekolah yang menempatkan para pelarian tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *